Friday, February 11, 2011

Kimpalan Brazing




PENERANGAN :

1.1. Maklumat teknikal berkenaan dengan brazing

Brazing (pateri keras) merupakan satu proses yang sangat diperlukan dalam kerja-kerja penyejukan untuk kerja-kerja fabrikasi pemaipan kitaran sistem, oleh itu seperti yang telah diterangkan terdahulu setiap mekanik penyejukan hendaklah mahir akan asas bra

zing seperti di keterangan berikut

Kertas penerangan ini akan membincangkan hanya proses pateri keras (brazing) di mana kerja-kerja yang membabitkan penggunaan peralatan kimpalgas (oxygen dan acytelene) sahaja. Oleh kerana kerja-kerja pateri keras (brazing) membabitkan penggunaan bahan yang sangat mudah terbakar iaitu oksigen dan asetilena maka pengendalian sebarang peralatan kimpalgas hendaklah dilakukan dengan secermat yang mungkin dan sentiasa menerapkan langkah keselamatan yang diperlukan tanpa kompromi, ini bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini sama ada kepada pengguna, peralatan ataupun persekelilingnya mahupun semasa sebelum dan juga selepas penggunaannya.

Hasil kerja-kerja brazing yang dibuat secara mudah, sambil lewa dan ringkas ke atas sebarang pemaipan sistem penyejukan tidak semestinya baik atau menepati kehendak yang diperlukan, ini kerana banyak yang beranggapan asal telah berlaku penyambungan (joint) ianya boleh digunakan dan tidak akan mendatangkan masalah. Pada hakikatnya kerja-kerja brazing hendaklah mempunyai kualiti dan mesti mencapai tahap yang diperlukan. Kualiti brazing akan memberi kesan secara langsung kepada keupayaan (perfomance) yang lebih baik kepada kitaran penyejukan (refrigeration cycle). Oleh kerana itu setiap kerja-kerja brazing hendaklah dilakukan sebaik yang mungkin mengikut prosedur yang tepat bagi penghasila

n kerja yang berkualiti dan menghindar dari pembaziran.

1.1.1. Makna brazing

Brazing juga merupakan salah satu dari beberapa proses dalam bidang kerja-kerja kimpal gas, terdapat beberapa proses kimpal gas yang lain saperti fusion welding dan pressure welding, namun asas kerja-kerja kimpalan ialah teknik yang digunakan untuk kerja-kerja menyambung atau mencantumkan (pateri) logam (jointing metals). Aplikasi proses-proses kimpalan yang telah dinyatakan di atas adalah seperti berikut,

Fusion welding: kimpal dalam bentuk cairan.

Pressure welding: kimpal dalam bentuk pepejal.

Brazing: kimpal dalam bentuk pepejal dan cairan.

Pateri Keras (brazing)

Pada dasarnya brazing ialah satu proses menyambung (jointing) dua logam asas (base metal) dari jenis yang sama (seperti kuprum dengan kuprum atau keluli dengan keluli dsb), atau boleh juga base metal dari jenis yang tidak sama (seperti kuprum dan keluli dsbnya) tanpa mencairkan kedua-dua base metal dengan menggunakan bahan pengisi (filler rod) yang dicairkan pada suhu sederhana tinggi yang akan mengeras apabila suhu merendah. Filler rod digunakan untuk mengisi ruang (rongga) di antara kedua-dua base metal terdiri dari bahan yang mencair pada suhu yang lebih rendah dari base metal dan akan membuat sambungan yang mempunyai kekuatan yang setara dengan base metal serta kalis bocor dari cecair dan juga gas.

Carta di bawah menunjukan kategori untuk pateri lembut dan keras


PATERI LEMBUT

PATERI KERAS

1. Pengg

unaan soldering iron

1. Kimpal gas (torch brazing)

2. Pemanas dengan api

2. Twin-carbon arc brazing

3. Dip soldering

3. Brazing Furnace

4. Resistance heating

4. Induction brazing

5. Flame-spray soldering


5. Resistance brazing

6. Furnace heating

6. Dip brazing

7. Ultrasound soldering

7. Block brazing

8. Flowing brazing

Keperluan peralatan untuk kerja-kerja brazing

Selain dari peralatan asas iaitu satu set lengkap kimpalgas terdapat lain-lain peralatan yang juga diperlukan untuk membantu bagi memudahkan dan melicinkan kerja-kerja brazing. Beberapa peralatan tersebut adalah seperti di gambarajah berikut














1.1.3. Jenis filler rod yang digunakan dalam kerja brazing

Filler rod ialah logam yang dicairkan melalui proses pemanasan untuk menyambungkan (joined) dua keping logam asas (base-metal), pemanasan dilakukan ke atas kedua-dua base metal kepada suhu yang boleh mencairkan filler rod apabila disentuhkan kepada kedua-dua base metal tersebut, dengan itu filler yang mencair akan mengisi ruang / rongga di antara kedua-dua base metal dan akan menjadi keras apabila suhu merendah.

Dalam proses brazing suhu cairan filler hendaklah lebih rendah dari suhu cairan kedua-dua base metals, dengan itu hanya filler sahaja yang mencair untuk menyambung kedua-dua base metal. Untuk mendapatkan proses ini kebanyakanya bahan dari logam loyang-loyang (alloys) banyak digunakan kerana mempunyai ciri-ciri suhu cairan yang lebih rendah dari kebanyakan base metal, tambahan pula loyang dapat menepati kekuatan (strength) yang diperlukan untuk dijadikan sebagai bahan pengisi / penyambung (filler).

Filler rod hendaklah digunakan dengan betul dalam kerja-kerja pateri keras (brazing), apabila menyambung base metal seperti kuprum dengan kuprum, filler rod dari jenis copper-phosphorus sangat sesuai digunakan, untuk menyambung logam kuprum dengan besi atau kuprum dengan stainless steel pula filler dari jenis perak sesuai digunakan. Ini kerana bahan copper-phosphourus tidak boleh melekat (menyambung) stainless steel.

Untuk menyambungkan dua tiub kuprum yang nipis misalnya penggunaan bahan filler dari jenis silver adalah diutamakan dari copper-phospourus, ini kerana suhu cairan silver yang lebih rendah dari copper-phosphourus dapat membantu pemateri menjalankan kerja-kerja dengan lebih baik.

Bukan semua jenis logam dapat menepati ciri-ciri yang diperlukan untuk dijadikan sebagai brazing filler, ini kerana kesesuaian dan pemilihannya bergantung kepada ciri-ciri seperti berikut,

i. suhu cairan filler (filler melting temperature).

ii. kekuatan filler (filler strength).

iii. sifat filler.

iv. kualiti filler.

v. rupa luaran.

Suhu cairan filler (melting temperature) : Suhu cairan setiap logam yang hendak dijadikan sebagai bahan filler mestilah juga bersesuaian dengan suhu cairan base metal, iaitu hendaklah mempunyai suhu cairan yang rendah sedikit dari suhu cairan base metal (perbezaan terbaik di antara kedua-duanya ialah 5OC hingga 100OC), dengan itu proses brazing dapat dilakukan kerana filler akan mencair tanpa mencairkan base metal.

Kekuatan filler: Logam filler hendaklah mempunyai ciri-ciri kekuatan (strength) sekurang-kurangnya hampir menyamai kekuatan base metal dan adalah lebih baik sekiranya mempunyai kekuatan yang sama seperti base metal.

Sifa-sifat filler: Sifat filler hendaklah berupaya mencair dengan cepat dan kadar pengaliran yang baik supaya keadaan “basah” di permukaan base metal dapat diwujudkan bagi membantu filler memindahkan / mengalirkan oksida-oksida yang terbentuk di permukaan base metal oleh bahan flux semasa proses pemanasan dilakukan oleh api kimpalgas.

Kualiti filler: Logam brazing filler hendaklah dari jenis yang berkualiti tinggi seperti kekuatannya yang dapat menyamai kekuatan base metal dan tidak mudah berkarat.

Rupa luaran: Logam brazing filler hendaklah mempunyai ciri warna yang cantik dan bercahaya atau dapat menyamai warna base metal.

Jenis-jenis filler

Logam yang digunakan sebagai brazing filler boleh diklasifikasikan seperti carta di bawah iaitu untuk kerja-kerja pateri lembut (soldering) dan juga pateri keras (brazing), kebanyakan brazing filler terdiri dari komposisi campuran pelbagai jenis logam, oleh itu untuk pengenalannya ia dinamakan mengikut sempena jenis komposisi kandungan logam terbesar yang digunakan, carta berikut menunjukkan jenis atau nama-nama filler yang biasa digunakan.

Carta jenis-jenis filler

nama/JENIS

KOMPONEN LOGAM ASAS (BASE)

SOFT

SOLDER

HARD

SOLDER

Silver solder

Alloy perak (silver) dan kuprum campuran zink, cadmium, nikel dsb.

ü

Brass solder

Alloy kuprum dank zin sebagai base

ü

Copper phosphorus solder

Alloy dari kuprum campuran phosphorus, perak dll.

ü

Aluminium solder

Alloy aluminium dan sedikit silicon, kuprum, zink dll

ü

Solder

Alloy lead dan tin

ü

Bahan logam filler yang utama

Silver Solder: Filler dari jenis logam Perak (silver solder) kebiasaannya mengandungi campuran dari 3 jenis logam alloy iaitu perak (silver), kuprum (copper) dan zink. Silver solder pula boleh dibahagikan mengikut komposisi-komposisi kandungan kimianya kepada 10 jenis filler, di antaranya adalah seperti berikut,

Copper-phosphorous solder: Filler ini terdiri dari logam kuprum (copper) yang disebatikan dengan phosphorous, oleh itu ia lebih dikenali sebagai copper-phosphorus atau copper-silver phosphorus filler. Suhu cair kuprum akan menjadi berkurangan (merendah) dengan kadar yang agak drastik apabila ia dicampurkan (disebatikan) dengan logam phosphorus.

Apabila dicampurkan lagi dengan logam perak kepada campuran ini ia akan menjadikan suhu cairannya lebih merendah lagi dengan mengubah kadar alirannya (fluidity) kepada lebih bebas (free flow). Filler jenis ini sesuai digunakan untuk kerja-kerja penyambungan logam seperti kuprum. Kandungan phosphorus di dalamnya akan bertindak sebagai deoxidizer (menyah oksida) apabila ia digunakan dalam kerja-kerja kimpalgas untuk logam kuprum, oleh itu penggunaan filler ini tidak memerlukan aplikasi atau penggunaan bahan seperti flux untuk menyekat dari dahkan pembentukan oksida dalam kerja-kerja brazing.

Kelebihan dan kelemahan jenis brazing filler metal

Setiap pemilihan atau aplikasi filler untuk kerja-kerja brazing yang digunakan hendaklah disesuaikan dengan bahan kerja yang hendak dijalankan, ini kerana bukan semua brazing filler boleh digunakan atau sesuai kepada semua jenis base metal. Berikut disenarai kelebihan dan kelemahan jenis-jenis filler yang biasa digunakan.

jenis

KELEBIHAN

KEKURANGAN

Silver Solder

1. kadar cairan yang baik oleh itu boleh memenuhi semua permukaan walaupun ruang yang sempit dan keras.

2. memberi kekuatan dan pergerakan (elongation) di tempat dibrazing.

3. memberi kekuatan sambungan yang tidak berubah walaupun suhu cairannya direndahkan.

4. hasil brazingnya licin dan tidak perlu kepada finishing.

5. brazingnya cantik dengan warna keperakan.

1. kosnya mahal

2. flux diperlukan pada setiap kerja brazing kepada base metal.

3. flux mesti dibersihkan

Copper phosphorus solder

1. tidak mahal.

2. tidak perlu kepada penggunaan flux.

3. suhu didihnya rendah dan kadar cairannya juga baik.

4. kadar pendalir haba dan arus elektrik yang baik

1. sambungan mudah pecah atau retak.

2. tidak boleh digunakan untuk kerja-kerja penyambungan kuprum dan alloy kuprum.

1.1.4. Flux

Flux merupakan sebatian kimia (chemical compound) yang disapukan ke atas kedua-dua permukaan base metal yang hendak disambungkan sebelum kerja-kerja brazing dilakukan, ia terdapat dalam bentuk tepung (powder) dan juga cecair (liquid). Kebanyakan proses brazing dan soldering memerlukan bahan flux sebelum kerja-kerja brazing dijalankan untuk mendapatkan kualiti sambungan yang kuat, kalis bocor dan baik.

Keperluan flux ialah kerana porses pemanasan ke atas permukaan logam akan mempercepatkan pembentukan oksida (formation of oxide) di permukaan tersebut. Fenomena ini boleh berlaku kerana tindakan oleh logam (base metal) yang bersuhu tinggi (panas) ke atas oksigen dan udara sekeliling menyebabkan berlakunya tindakan kimia yang menghasilkan bahan oksida.

Oleh itu dalam kerja-kerja brazing bahan flux digunakan untuk bertindak sebagai penyerap dan penyingkir (dissolve and remove oxide) bahan-bahan oksida yang terbentuk di permukaan base metal dan filler. Selain dari tugas di atas ia juga berfungsi untuk menyamakan kadar pengaliran haba ke atas base metal, melicinkan kadar pengaliran filler antara rongga kedua-dua base metal dan juga menghindarkan udara semasa proses brazing dijalankan. Ini dapat dilakukan oleh flux kerana sifatnya yang boleh menyerap oksigen yang berlebihan dari torch dan juga ia membuat satu lapisan (coating) yang akan bertindak sebagai pelindung pada permukaan sambungan logam yang sedang mencair dari dimasuki oleh udara.

Ciri-ciri flux: penggunaan flux hendaklah dapat menepati aplikasinya, untuk itu pemilihan flux yang akan digunakan hendaklah mempunyai ciri-ciri yang dapat menjalankan fungsi yang perlu dilakukannya seperti ciri-ciri berikut,

a. kadar alirannya atau fluidity yang baik oleh itu dapat memindahkan objek asing dan juga oksida jika ada.

b. permukaan yang telah dibersihkan dapat menghindarkan proses oxidization dari berlaku.

c. specific gravity nya hendaklah lebih rendah dari logam filler.

d. kadar alirannya (viscosity) yang sesuai semasa ia dalam bentuk cair.

e. boleh dan mudah untuk memindahkan sludge.

f. tidak membahayakan pengguna dan juga mencemarkan alam persekitaran.

g. ianya cepat kering di dalam tempat simpanan walaupun telah dicairkan dengan air sebelumnya.

h. kadar oxidization oleh logam filler boleh direndahkannya.

nota akan di sambung lagi......

Wednesday, February 9, 2011

Jenis Cooper Tube

PENERANGAN :

1.1. Maklumat teknikal berkenaan tiub-tiub dan fitting yang digunakan dalam kerja-kerja pemaipan penyejukan

Seorang mekanik penyejukan bukan sahaja diperlukan untuk mahir dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan sistem mekanikal dan elektrikal unit penyejukan tetapi ia juga perlu mahir dalam kerja-kerja pemaipan air (plumbing), ini kerana pemaipan air juga merupakan sebahagian dari kerja-kerja mekanik penyejukan untuk pemasangan dan senggaraan ke atas unit-unit seperti water cooler, penyaman udara dari sistem water-cooled dan chiller.

Seorang mekanik penyejukan hendaklah kenal maklumat teknikal ke atas semua jenis pemaipan yang digunakan dalam kerja-kerja penyejukan, untuk sistem kitaran pemaipan penyejukan paip dengan ciri-ciri khas dari jenis logam kuprum, alluminium, keluli dan stainless steel ada digunakan, walau bagaimanapun tiub kuprum merupakan logam yang meluas (80%) digunakan dalam sistem penyejukan, sementara dalam kerja-kerja plumbing pula paip dari jenis besi galvani (GI), kuprum dan PVC sering digunakan.

Tiub dari jenis stainless steel digunakan untuk sistem yang menggunakan refrigerant 717 atau ammonia (NH3), brass dan kuprum tidak boleh digunakan kerana ia boleh bertindak balas dengan ammonia. Alluminium tubing pula digunakan untuk evaporator peti sejuk rumah.

1.1.1. Jenis-jenis dan saiz tiub kuprum yang digunakan

Dalam pasaran pada masa ini terdapat pelbagai jenis tiub kuprum untuk pelbagai aplikasi, setiap aplikasi mengunakan tiub yang berbeza dari segi teknikalnya, misalnya tiub kuprum untuk aplikasi plumbing (dinamakan nominal size tubing) tidak sesuai digunakan kepada aplikasi penyejukan, ini kerana untuk aplikasi penyejukan ianya mestilah dapat menampung kekuatan tekanan yang berkali ganda jika dibandingkan untuk pemaipan air.

Untuk pemaipan kitaran sistem penyejukan tiub kuprum (copper) yang dibuat khas untuk kerja-kerja penyejukan hendaklah digunakan. Ini kerana tiub ini dikeluarkan sesuai menampung tekanan gas dan juga cecair, boleh menampung tekanan serendah vakum hingga kepada 500 psig. Tiub-tiub ini juga dikenali sebagai ACR tiub dan telah dicaskan dengan nitrogen untuk kalis oxidization.

Kebiasaannya tiub ini dikeluarkan setelah melalui proses "anealing" ketinggian suhu hingga permukaan kuprum menjadi kebiruan dan dibiarkan suhunya merendah semula pada suhu sekeliling, ini menjadikan ia melembutkan sedikit supaya senang dibentuk dan tidak mudah pecah/retak, tiub ini kemudiannya dibersih dan dikeringkan di mana kedua-dua hujungnya ditutup supaya kalis habuk dan sudahkan dalam bentuk gelungan (coil) dengan setiap gelungan sepanjang 50 kaki (15.2 meter).

Terdapat 3 jenis tiub kuprum yang dikeluarkan untuk pelbagai kegunaan iaitu jenis K, L dan M.

i. Jenis K untuk kerja-kerja berat (heavy duty), sesuai untuk kerja-kerja penyejukan, plumbing dan juga sistem pemanasan.

ii. Jenis L untuk kerja-kerja plumbing dalaman (interior plumbing) dan sistem

pemanasan.

iii. Jenis M pula sesuai digunakan kerja-kerja ringan seperti saliran pembuangan air (waste vent) dan saliran limpahan (drainage piping).

Perbezaan diantara jenis K, L dan M ialah dari segi ketebalan (wall thickness) dinding tiub, jenis K adalah yang paling tebal dan diikuti oleh jenis L dan M.

Sebagai contoh adalah seperti berikut,

OD tIub

jenis

tebal

OD tIub

jenis

tebal

3/8 in

K

0.035

1/2 in

K

0.049

3/8 in.

L

0.030

1/2 in

L

0.035

1/2in.

M

0.025

Pada asasnya tiub kuprum yang digunakan dalam kerja-kerja penyejukan adalah dari jenis K dan ia boleh didapati dalam jenis-jenis berikut,

i. tiub kuprum jenis lembut (soft copper tube) dan,

ii. tiub kuprum jenis keras (hard drawn copper tube).

Soft copper tube

Terdapat dalam bentuk gelungan (coil) dengan setiap gelungan panjangnya 50 kaki (15.2meter), berikut adalah saiz tiub-tiub kuprum lembut untuk kegunaan penyejukan,

BIL

Outside

diameter (inch)

Wall

Thickness

Outside

Diameter (mm)

Wall

Thickness (mm)

1

1/8

0.030

2

1/4

0.030

6.35

0.54

3

5/16

0.032

8

0.56

4

3/8

0.032

9.52

0.56

5

1/2

0.032

12.7

0.56

6

5/8

0.035

24

0.58

7

3/4

0.035

16

0.58

Selain dari saiz-saiz biasa di atas terdapat juga tiub rerambut (capillary tube) yang digunakan untuk aplikasi khas seperti metering device dan sebagainya. Capillary tube diperbuat dari kuprum tulen yang panjangnya 100 kaki (30meter) setiap gelungan (coil) dengan kedua-duanya ditutup setelah dikeringkan bahagian dalamnya