Wednesday, February 9, 2011

Jenis Cooper Tube

PENERANGAN :

1.1. Maklumat teknikal berkenaan tiub-tiub dan fitting yang digunakan dalam kerja-kerja pemaipan penyejukan

Seorang mekanik penyejukan bukan sahaja diperlukan untuk mahir dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan sistem mekanikal dan elektrikal unit penyejukan tetapi ia juga perlu mahir dalam kerja-kerja pemaipan air (plumbing), ini kerana pemaipan air juga merupakan sebahagian dari kerja-kerja mekanik penyejukan untuk pemasangan dan senggaraan ke atas unit-unit seperti water cooler, penyaman udara dari sistem water-cooled dan chiller.

Seorang mekanik penyejukan hendaklah kenal maklumat teknikal ke atas semua jenis pemaipan yang digunakan dalam kerja-kerja penyejukan, untuk sistem kitaran pemaipan penyejukan paip dengan ciri-ciri khas dari jenis logam kuprum, alluminium, keluli dan stainless steel ada digunakan, walau bagaimanapun tiub kuprum merupakan logam yang meluas (80%) digunakan dalam sistem penyejukan, sementara dalam kerja-kerja plumbing pula paip dari jenis besi galvani (GI), kuprum dan PVC sering digunakan.

Tiub dari jenis stainless steel digunakan untuk sistem yang menggunakan refrigerant 717 atau ammonia (NH3), brass dan kuprum tidak boleh digunakan kerana ia boleh bertindak balas dengan ammonia. Alluminium tubing pula digunakan untuk evaporator peti sejuk rumah.

1.1.1. Jenis-jenis dan saiz tiub kuprum yang digunakan

Dalam pasaran pada masa ini terdapat pelbagai jenis tiub kuprum untuk pelbagai aplikasi, setiap aplikasi mengunakan tiub yang berbeza dari segi teknikalnya, misalnya tiub kuprum untuk aplikasi plumbing (dinamakan nominal size tubing) tidak sesuai digunakan kepada aplikasi penyejukan, ini kerana untuk aplikasi penyejukan ianya mestilah dapat menampung kekuatan tekanan yang berkali ganda jika dibandingkan untuk pemaipan air.

Untuk pemaipan kitaran sistem penyejukan tiub kuprum (copper) yang dibuat khas untuk kerja-kerja penyejukan hendaklah digunakan. Ini kerana tiub ini dikeluarkan sesuai menampung tekanan gas dan juga cecair, boleh menampung tekanan serendah vakum hingga kepada 500 psig. Tiub-tiub ini juga dikenali sebagai ACR tiub dan telah dicaskan dengan nitrogen untuk kalis oxidization.

Kebiasaannya tiub ini dikeluarkan setelah melalui proses "anealing" ketinggian suhu hingga permukaan kuprum menjadi kebiruan dan dibiarkan suhunya merendah semula pada suhu sekeliling, ini menjadikan ia melembutkan sedikit supaya senang dibentuk dan tidak mudah pecah/retak, tiub ini kemudiannya dibersih dan dikeringkan di mana kedua-dua hujungnya ditutup supaya kalis habuk dan sudahkan dalam bentuk gelungan (coil) dengan setiap gelungan sepanjang 50 kaki (15.2 meter).

Terdapat 3 jenis tiub kuprum yang dikeluarkan untuk pelbagai kegunaan iaitu jenis K, L dan M.

i. Jenis K untuk kerja-kerja berat (heavy duty), sesuai untuk kerja-kerja penyejukan, plumbing dan juga sistem pemanasan.

ii. Jenis L untuk kerja-kerja plumbing dalaman (interior plumbing) dan sistem

pemanasan.

iii. Jenis M pula sesuai digunakan kerja-kerja ringan seperti saliran pembuangan air (waste vent) dan saliran limpahan (drainage piping).

Perbezaan diantara jenis K, L dan M ialah dari segi ketebalan (wall thickness) dinding tiub, jenis K adalah yang paling tebal dan diikuti oleh jenis L dan M.

Sebagai contoh adalah seperti berikut,

OD tIub

jenis

tebal

OD tIub

jenis

tebal

3/8 in

K

0.035

1/2 in

K

0.049

3/8 in.

L

0.030

1/2 in

L

0.035

1/2in.

M

0.025

Pada asasnya tiub kuprum yang digunakan dalam kerja-kerja penyejukan adalah dari jenis K dan ia boleh didapati dalam jenis-jenis berikut,

i. tiub kuprum jenis lembut (soft copper tube) dan,

ii. tiub kuprum jenis keras (hard drawn copper tube).

Soft copper tube

Terdapat dalam bentuk gelungan (coil) dengan setiap gelungan panjangnya 50 kaki (15.2meter), berikut adalah saiz tiub-tiub kuprum lembut untuk kegunaan penyejukan,

BIL

Outside

diameter (inch)

Wall

Thickness

Outside

Diameter (mm)

Wall

Thickness (mm)

1

1/8

0.030

2

1/4

0.030

6.35

0.54

3

5/16

0.032

8

0.56

4

3/8

0.032

9.52

0.56

5

1/2

0.032

12.7

0.56

6

5/8

0.035

24

0.58

7

3/4

0.035

16

0.58

Selain dari saiz-saiz biasa di atas terdapat juga tiub rerambut (capillary tube) yang digunakan untuk aplikasi khas seperti metering device dan sebagainya. Capillary tube diperbuat dari kuprum tulen yang panjangnya 100 kaki (30meter) setiap gelungan (coil) dengan kedua-duanya ditutup setelah dikeringkan bahagian dalamnya

1 comment:

  1. Singgah dan follow sini. Nice entri. Lawat balik ya ...

    ReplyDelete